Latar Belakang
Sekolah Kebangsaan Perpaduan telah mula dibina pada bulan Januari 1999 dan dijangka siap pada bulan Mei 2000. Walau bagaimanapun, sekolah ini hanya selesai dibina pada awal Disember 2000. Kontraktor yang bertanggung jawab membina sekolah ini ialah Encik Abu Bakar bin Che Ros daripada SILVERSHARE ENTERPRISE SDN.BHD, Taiping, Perak.
Sekolah ini terdiri dari 2 BLOK EMPAT TINGKAT dan SEBUAH KANTIN yang bernilai RM3,042,745.00
Pendaftaran awal terdiri daripada murid-murid tahun dua, tahun tiga, tahun empat dan tahun lima telah dimulakan pada 20 Disember 2000. Sekolah ini mula beroperasi sepenuhnya pada 3 Januari 2001. Pendaftaran awal ini melibatkan murid seramai 900 orang sahaja yang dahulunya bersekolah di Sekolah Kebangsaan Tambun, Sekolah Kebangsaan Tanjung Rambutan, Sekolah Kebangsaan Pasukan Polis Hutan dan juga Sekolah Kebangsaan Methodist Tanjung Rambutan.
Pada 3 Januari 2001, bilangan murid yang mendaftar bertambah seramai 50 orang lagi dan menjadikan jumlah murid meningkat kepada 1132 orang murid pada akhir Januari.
Guru-guru yang bertugas di sekolah ini pada awalnya seramai 41 orang termasuk Guru Besar. 6 orang guru lelaki dan 35 orang guru perempuan. Kakitangan sokongan pula terdiri daripada 5 orang iaitu pembantu tadbir, seorang pembantu tadbir rendah, seorang pembantu am rendah dan 2 orang pekerja rendah awam.
Oleh sebab bilangan murid yang semakin bertambah, pada bulan Julai 2000 bilangan guru telah bertambah kepada 45 orang dan staf sokongan pula seramai 6 orang. Mulai tahun ini juga, sekolah telah menerima seramai 3 orang pekerja rendah awam swasta dan 2 orang pengawal keselamatan swasta










