Selamat Datang ke Laman Rasmi SK Perpaduan, Ipoh

Terlebih dahulu jutaan terima kasih diucapkan atas kunjungan anda ke laman ini. Warga SK Perpaduan, Ipoh mengucapkan selamat datang ke laman rasmi sekolah ini.
Laman ini diwujudkan bagi memudahkan para murid, guru-guru dan juga ibu bapa mengetahui maklumat terkini tentang sekolah ini disamping menggalakkan penggunaan ICT dikalangan murid dan juga para guru.
Selain itu, kewujudan laman ini juga diharap dapat memberikan impak positif kepada semua dalam usaha meningkatkan lagi prestasi sekolah ini. Sehubungan itu, besar harapan pihak kami agar mendapat teguran membina daripada anda semua untuk sama-sama mempertingkatkan kecemerlangan SK Perpaduan.
Salam hormat











tahniah buat warga sekolah atas kewujudan laman ini
semgoa sk perpaduan terus cemerlang,gemilang dan terbilang
semoga SK Perpaduan memumpuk semangat perpaduan dan berkerjasama antara semua warganya.
A.kum warga skp. Selama 6 tahun saya bersama dgn anda semua tentu terdapat banyak kesilapan yang telah saya lakukan. Saya mohon maaf dan saya berdoa semoga warga skp hidup bahagia dunia dan akhirat.Saya tidak akan lupa kenangan manis di skp. Warga skp begitu baik terhadap saya. TQ.
saya murid skp.saya harap skp terus berjaya..
saya harap semua warga skp terus bertahan..