KEPUTUSAN UPSR 2010

Alhamdulillah….dan syukur kepada Allah diatas kejayaan UPSR 2010….Sebanyak 19 orang murid telah mendapat 5A manakala 11 orang mendapat 4A 1B berbanding tahun sebelumnya hanya 14 mendapat 5A manakala 29 mendapat 4A 1B.Manakala pecahan bagi yang mendapat B mengikut matapelajaran pada tahun 2010 ialah seperti berikut….: Bahasa Inggeris 5,Matematik 1 dan Sains 1.
Peratusan lulus keseluruhan ialah 78.3% (2010) berbanding tahun sebelumnya sebanyak 69% (2009) …. dan ini bermakna usaha gigih semua guru dan murid telah membuahkan hasil disamping berkat doa yang tidak pernak jemu oleh semua pihak.Lonjakan peratusan mengikut matapelajaran adalah seperti berikut…:BM Pemahaman 94% (2009) kepada 96.6% (2010).BM Penulisan 91.3% (2009) kepada 93.2% (2010),B.Inggeris 70.2% (2009) kepada 83.2% (2010),Matematik 76.8% (2009) kepada 83.2% (2010) dan yang terakhir Sains 80% (2009) kepada 95.7%. Lonjakkan ini telah membawa peningkatan sebanyak 9% keseluruhannya.
Pihak pengurusan mengucapkan setinggi tahniah kepada semua murid yang berjaya dan jua guru-guru yang tidak pernah jemu membantu memartabatkan kegemilangan SKP …….TAHNIAH…..SKP BOLEH!!!










