Anugerah Lompatan Saujana 2010 (UPSR)

anugerah skp

Sekali lagi  kejayaan telah ditempa pada 15 Oktober 2010 yang lalu dimana SKP telah dianugerahkan oleh pihak JPN Perak diatas kejayaan mendapat anjakkan peratusan dan pencapaian yang cemerlang dalam keputusan UPSR baru-baru ini.Anugerah tersebut dikenali ‘ANUGERAH LOMPATAN SAUJANA’  dan telah disampaikan oleh wakil dari PPD Kinta Utara iaitu Encik Nazri Bin Ahmad (Penolong Pegawai Pelajaran) unit Sains dan Matematik.

Anugerah ini telah diterima oleh Penyelaras Tahun 6 (2010) iaitu Puan Normah Abd Hamid disaksikan oleh tuan guru besar pada majlis perhimpunan rasmi sekolah.Dengan penganugerahan ini adalah diharapkan semua warga SKP akan berusaha dengan gigih lagi di masa akan datang.Encik Nazri telah berucap pada majlis tersebut dengan memberi ransangan yang mampu melonjakkan kecemerlangan yang lebih baik pada tahun hadapan.

Pihak pengurusan mengambil kesempatan ini mengucapkan tahniah diatas anugerah tersebut.Tahniah….tahniah…tahniah…SKP cemerlang………..

Comments (1)

  1. teejay says:

    Saya doakan skp akan dapat lompatan saujana bagi kategori kualiti dan kuantiti.InsyaAllah. Ingat pesanan saya iaitu kena selalu ingatkan kepada anak murid skp jangan lupa solat. Lagi satu kalau kita kerja lebih kita akan dapat hasil yang lebih. Semuanya ketentuan Allah Ta’ala.

Leave a Reply

Pentadbiran

PEPERIKSAAN


Video Pilihan