Sambutan Hari Kanak-Kanak Dan Majlis Penutupan Siberthon 2011

 

Pada hari Jumaat bertarikh 4hb.November yang lalu telah berlansung Majlis Sambutan Hari Kanak-Kanak serta Majlis Penutupan Siberthon 2011 yang membawa kutipan dana berjumlah RM20,114,40 sebagai suntikan dana bagi program peningkatan infratuktur sekolah khasnya aspek teknologi pendidikan.

Majlis tersebut berjalan dengan meriah sekali dengan kehadiran ahlijawatankuasa PIBG sebagai pemerhati terhadap cabutan bertuah yang telah diadakan pada hari tersebut.Sumbangan dari perbagai pihak terhadap hadiah-hadiah didahului dengan ucapan terima kasih.sebanyak 2 buah basikal telah menjadi rebutan iaitu bagi kutipan terbanyak serta cabutan bertuah.Guru Besar SKP,En Kharudin Bin Omar telah berbesar hati menyampaikan hadiah cabutan bertuah tersebut kepada para pemenang diikuti oleh guru kanan dan ajk PIBG.

Majlis diserikan lagi dengan persembahan murid dari tahap 1 dan tahap 2 seperti nasyid,nyanyian solo,serta persembahan fesyen meliputi kepelbagaian kaum diMalaysia.Majlis seterusnya diadakan jamuan kelas bersama guru kelas masing-masing sebagai tanda penghargaan kepada Perayaan Hari Kanak-kanak Peringkat SKP.Tahniah kepada semua yang menjayakan majlis tersebut…serta kepada para pemenang diatas sumbangan anda menjanakan kutipan Siberthon 2011…..

Leave a Reply

Pentadbiran

PEPERIKSAAN


Video Pilihan