Perkhemahan Unit Beruniform 2010

khemah 2010

Pada 29 dan 30hb Oktober yang lalu telah diadakan Program Perkhemahan Unit Beruniform 2010 peringkat sekolah.Kesemua murid yang mewakili unit beruniform sekolah seperti Pengakap,Tunas  Puteri,Kadet Remaja Sekolah,Bulan Sabit Merah,Puteri Islam telah melibatkan diri dalam perkhemahan tersebut.

Objektif perkhemahan ialah memberi pendedahan kepada murid semangat kendiri dan berkumpulan selain melahirkan insan yang mampu menjanakan inspirasi negara kepada penyediaan insan yang lebih kental dan berinovatif.Pelbagai aktiviti yang mampu melahirkan kerjasama berkumpulan telah didedahkan.Adalah diharapkan pengalaman tersebut dapat membina lagi keyakinan diri murid dalam menghadapi kehidupan yang lebih mencabar.

Program tersebut telah dirasmikan oleh yang Berusaha Tuan Guru Besar SKP ,En Mohd Tajudin Bin Jamil.Program tersebut telah diadakan di padang sekolah dan ucapan terima kasih kepada guru-guru dan ibubapa yang banyak membantu menjayakan program tersebut.

Leave a Reply

Pentadbiran

PEPERIKSAAN


Video Pilihan