Majlis Aidilfitri SKP 2010

Majlis rumah terbuka Aidilfitri SKP telah diadakan di No 15,Lorong Seri Ampang,Kg Tersusun Ampang (Rumah Boss) pada hari Ahad bertarikh 3hb Oktober 2010.Majlis telah bermula pada pukul 12 tengahari dan berakhir pada pukul 4 petang. Kemeriahan begitu terasa dengan kehadiran sebanyak 350 tetamu, yang terdiri daripada guru-guru,murid,PIBG,pegawai JPM serta jiran setempat.
Objektif program ini adalah bagi mengeratkan lagi tali silaturrahim antara sesama warga SKP serta murid dan masyarakat setempat.Pelbagai juadah serta kuih muih seperti lemang,soto,laksa,mee kari,cendol,sate,nasi tomato,nasi himpit,nasi dagang dan buah-buahan disediakan.Segala juadah ini kebanyakannya telah disediakan sendiri oleh guru-guru yang melambangkan kemuafakatan dan semangat kerja berkumpulan telah ditonjolkan.
Pihak pentabiran ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada tetamu yang menghadirkan diri pada majlis tersebut serta kepada semua krew SKP yang bertungkus lumus menjayakan majlis tersebut.Besarlah harapan andainya kita mampu mengulangi kemeriahan tersebut pada tahun hadapan……Insyaalah………SKP BOLEH!!……………











Salam Perpaduan utk warga skp. Terima kasih kerana hajat saya untuk mengadakan open house di rumah saya tercapai. Terima sekali lagi atas sokongan padu yang diberikan oleh semua bagi menjayakan majlis yang penuh makna ini. “Bersatu kita teguh bercerai kita hancur” Saya doakan warga skp hidup bahagia Dunia dan Akhirat. InsyaAllah..
lupa nk g umah guru besar.terlepas sdh mesti best.tgk gmbr pun dh seronok