Majlis Pelancaran Bulan Kemerdekaan

Pada hari Isnin yang lalu bertarikh 15 Ogos 2011 telah diadakan Majlis Pelancaran Bulan Kemerdekaan yang telah dirasmikan oleh Guru besar,Encik Kharuddin Bin Omar bertempat di Dataran Perhimpunan SKP.Majlis tersebut telah dimulakan dengan nyanyian lagu-lagu patriotik seperti Jalur Gemilang,1 Malaysia dan Tanggal 31.Majlis ini diadakan bagi memperingati kemerdekaan Malaysia kali ke 54.

Sempena bulan kemerdekaan ini berbagai rancangan telah diatur oleh semua panitia dalam mengisi program sepanjang bulan Ogos sehinggalah kemuncak tarikh keramat 31 Ogos iaitu tarikh rasmi kemerkaan negara.Penglibatan semua pihak dalam memperingati jasa dan bakti pejuang kemerdekaan dalam mendidik anak bangsa supaya tidak lupa asal- usul nenek moyang kita haruslah diteruskan demi perjuangan bangsa yang berdaulat.Jesteru dengan ini tahniah diucapkan kepada semua yang mengembeling tenaga dalam menjayakan majlis tersebut.

Murid dan guru telah sama-sama mengibar bendera menunjukkan semangat patriotik yang tidak berbelah bagi demi menjunjung kedaulatan negara.Tahniah kepada semua semoga kedaulatan ini akan berkekalan hendaknya…Merdeka…Merdeka…Merdeka!…

Leave a Reply

Pentadbiran

PEPERIKSAAN


Video Pilihan