Perkhemahan Pengakap 2010

perkhemahan

Perkhemahan Pengakap Lencana Keris Gangsa S.K.Perpaduan telah berlangsung dengan jayanya pada 17 dan 18 Julai 2010 yang lalu bertempat di Pusat Latihan Kokurikulum (PULAKO) Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh, Hulu Kinta, Perak. Seramai 40 orang murid yang terpilih telah menyertai aktiviti ini.
Program ini bermatlamat memberi  pendekatan kepimpinan dan penerapan disiplinn kepada murid-murid disamping meningkatkan keyakinan diri serta menguji ketahanan fizikal dan fizikal. Aktiviti ini juga dilaksanakan selaras dengan kehendak  Kementerian pelajaran Malaysia yang ingin mewujudkan modal insane yang seimbang dari segi entelek, rohani, emosi dan jasmani melalui penglibatan dalam bidang kokurikulum.

Syabas dan tahniah kepada semua pelajar yang menyertai perkhemahan ini dan sekalung terima kasih kepada pihak pengurusan sekolah, guru-guru , guru pelatih IPGI dan pihak pengurusan pusat ko IPGI yang telah melaksanakan perkhemahan ini.
“Aktiviti Koko, Menggerak Minda Berwawasan”

Ibrahim Puteh,
Ketua Penasihat ,
Pasukan Pengakap S.K.Perpaduan.

Comments (1)

  1. azam aziz says:

    Tahniah kepada semua guru yang terlibat…

    Terima kasih kepada semua Warga SK PERPADUAN..

Leave a Reply

Pentadbiran

PEPERIKSAAN


Video Pilihan