Pelancaran Bulan Kemerdekaan

merdeka

Bertarikh 2 haribulan Ogos yang lalu telah diadakan Majlis Pelancaran Bulan Kemerdekaan Peringkat sekolah.Perasmian majlis tersebut telah disempurnakan oleh Tuan Guru Besar ,En.Mohd Tajuddin bin Jamil.Pada majlis tersebut beliau memberikan ucapan demi memperingati jasa-jasa yang telah ditaburkan oleh pemimpin ulung negara.

Murid serta guru juga telah menyanyikan beberapa buah lagu patriotik demi memeriahkan lagi Majlis Pelancaran Bulan Kemerdekaan ini antaranya  Jalur Gemilang,Tanggal 31 dan juga 1 Malaysia yang telah diilhamkan oleh Dato’ Seri Najib Bin Abd.Razak iaitu perdana menteri Malaysia yang ke-6.

Ribuan terima kasih kepada semua yang terlibat dan diharapkan pada bulan kemerdekaan ini segala aktiviti yang dirancang akan lebih memberi manfaat kepada murid demi memperingati jasa pejuang kemerdekaan dan murid dapat menghayati erti kemerdekaan yang sebenar.Tanpa pejuangan silam masakan ada masa kini yang gemilang………

Comments (1)

  1. teejay says:

    Jangan lupa dengan sejarah.

Leave a Reply

Pentadbiran

PEPERIKSAAN


Video Pilihan