Selamat Datang Penolong Kanan Kokurikulum

Selamat datang diucapkan kepada Penolong Kanan Kokurikulum yang baru dikenali sebagai Puan Mawardah Binti Hj.Abdullah ke SKP.Kehadiran beliau adalah diharapkan akan mampu melonjakkan lagi kecemerlangan SKP dalam bidang kokurikulum berdasarkan pengalaman beliau dalam bidang tersebut.Pernah berkhidmat di Sekolah Kebangsaan Ho Seng Ong (M),Canning, bermula dari tahun 2000 hingga 2009. Kemudian bertukar ke SK Pakatan Jaya pada tahun 2010 seterusnya ke SK perpaduan bermula pada 19 Julai yang lalu.

Pihak SKP amat mengalu-alukan kedatangan beliau dan sekaligus merasakan bertuah kerana beliau seorang yang berpengalaman luas dalam bidang kokurikulum.InsyaAllah warga SKP akan memberikan kerjasama yang terbaik bagi bersama-sama memacu ke puncak kecemerlangan.Dikesempatan ini pihak warga SKP ingin mengucapkan tahniah kepada kenaikan pangkat Puan Roshidah selaku Penolong Kanan Petang dan alhamdulillah berkhimat di tempat yang sama.

Warga SKP sekali lagi ingin mengucapkan syabas diatas kedua-dua insan tersebut dan berharap setiap kejadian pasti akan mendapat ‘RAHMAT’ dari yang maha esa…….InsyaAllah.Marilah kita sama-sama berdoa agar SKP akan lebih cemerlang dan terbilang di bawah kepimpinan mereka.

 

Leave a Reply

Pentadbiran

PEPERIKSAAN


Video Pilihan