Majlis Persaraan Penolong Kanan Petang
Pada hari Jumaat, bertarikh 9hb.Julai 2011 telah berlansung Majlis Persaraan Penolong Kanan Petang iaitu Puan Hajjah Zaleha Binti Mohd Salleh.Majlis perpisahan ini berlansung dengan cukup meriah sekali dengan berbagai persembahan dan ucapan bagi mengenang jasa yang telah beliau taburkan sepanjang dalam perkhidmatan beliau sebagai seorang pendidik khasnya semasa berada dalam keluarga SKP.
Dilahirkan pada 10 Julai 1953 di Kajang,Selangor dan mempunyai 5 orang cahaya mata disamping 5 orang cucu.Memulakan tugas di SKP pada tahun 2004 hinggalah hari ini.Jasa dan bakti beliau amat kami sanjung tinggi.Majlis ini di kenali sebagai Majlis Sekalung Budi (Jasamu DiKenang) telah dihadiri juga oleh wakil PIBG.Sebelum ini beliau telah berkhidmat di 11 buah sekolah sekitar Lembah Kelang,Kuantan,Perlis dan Ipoh,Perak.
Warga SKP berbangga dengan kehadiran beliau serta amat menyanjung tinggi terhadap jasa bakti semasa bersama kami.Dikesempatan ini pihak warga SKP ingin sekali lagi mengucapkan salam perpisahan serta terima kasih diatas segala jasa dan bakti yang diberikan.SELAMAT BERSARA….semoga panjang umur serta mendapat keberkatan dari ALLAH hendaknya….











