Kejohanan Balapan Dan Padang SKP 2011
Pada 25 Jun 2011 (Sabtu) bermula dari pukul 8.00 pagi hingga 12.00 tengahari telah diadakan Kejohanan Balapan Dan Padang kali ke 11 peringkat sekolah.Kejohanan ini juga lebih dikenali sebagai sukan tahunan sekolah telah dihadiri oleh ibubapa dan juga masyarakat setempat dan berjalan dengan meriah sekali.
Majlis tersebut telah dirasmikan oleh Y.B.Dato’ Hajjah Rusnah Bt. Kassim,ADUN Ulu Kinta,Perak.Pihak sekolah amat berbesar hati diatas kesudian Dato’ meluangkan masa bersama menjayakan majlis tersebut.Berbagai acara dijalankan termasuklah penglibatan ibubapa dan guru bagi memeriahkan lagi majlis tersebut.
Dikesempatan ini pihak sekolah ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada semua warga SKP,PIBG,masyarakat setempat serta semua yang mengembeling tenaga bagi melancarkan majlis tersebut.Jasa semua pihak hanya ALLAH sahaja yang membalasnya.Semoga kita akan berjumpa lagi pada kejohanan yang akan datang….INSYALLAH…..
Tahniah ……..SKP….selamat maju jaya…..











