Kelab Tunas Budaya S.K.Perpaduan.

Kelab Tunas Budaya S.K Perpaduan merupakan kelab yang bergiat aktif anjuran Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) dengan kerjasama Kementerian Pelajaran Malaysia. Dengan sokongan padu daripada pihak pengurusan sekolah, segala aktiviti telah berjalan dengan lancar di bawah bimbingan Jurulatih Seni Budaya Negara, cikgu Ibrahim bin Puteh.
Objektif utama program ialah menerapkan rasa kecintaan terhadap seni dan budaya tempatan disamping mencungkil bakat dan kemahiran penggunaan psikomotor pelajar serta memenuhi masa terluang pelajar dengan aktiviti sihat. Bidang yang difokuskan ialah seni tari dan telah mendapat sambutan menggalakkan di kalangan pelajar.
Setiap tahun, kelab ini telah terlibat dalam berbagai aktiviti persembahan anjuran jabatan kerajaan mahupun swasta. Aktiviti terkini kelab ialah mengadakan persembahan untuk Malam Genta Puisi anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka Wilayah Utara di Taman Budaya Negeri Perak dan Majlis Meraikan
Isteri-Isteri Pegawai Kanan JKR Malaysia bertempat di hotel Casaurina, Ipoh pada bulan Mei yang lalu. Semoga Kelab Tunas Budaya SK Perpaduan akan terus maju.










