Sambutan Hari Guru 2011
Pada 16 Mei 2011 yang lalu telah diadakan Sambutan Hari Guru peringkat sekolah bertempat di Dataran Perhimpunan Sekolah SKP.Majlis telah bermula seawal jam 8.00 pagi dengan ucapan perutusan dari berbagai pihak seperti Perutusan Menteri Pelajaran sehinggalah Perutusan PPD.Antara pengisian yang telah dirancang bagi majlis tersebut ialah persembahan guru dan murid yang merangkumi persembahan sajak,nyanyian,dikir barat serta tarian tradisional.
Majlis tersebut berjalan dengan meriahnya dengan penglibatan menyeluruh termasuk wakil daripada PIBG.Tema Hari Guru bagi tahun ini ialah “GURU PENJANA TRANFOMASI PENDIDIKAN NEGARA”,justeru dengan itu warga SKP bergerak seiring menyahut seruan kerajaan dalam mengaplikasikannya dalam semua aktiviti di sekolah.Dikesempatan ini kami ingin mengucapkan terima kasih di atas kerjasama semua pihak dalam memeriahkan majlis tersebut.’SELAMAT HARI GURU…….CIKGU”.












persembahan kompang formasi x dimentionkan ke??