Selamat Hari Guru

guru skp

Setiap tahun pasti akan menjelang tanggal 16 Mei iaitu Hari Guru bagi kita menghargai jasa guru dalam membimbing dan membangunkan anak didik menjadi insan yang cemerlang. Jesteru dengan itu pihak pengurusan ingin mengambil peluang ini mengucapkan “Selamat Hari Guru” kepada semua guru di mana saja anda berada khasnya kepada guru-guru SKP.Adalah di harapkan semua guru sentiasa akan lebih bersemangat dalam menghadapi cabaran masa kini melahirkan generasi yang lebih bermoral dan bersahsiah tinggi.

Comments (4)

  1. teejay says:

    Selamat Hari Guru.
    You are the best!

  2. baim says:

    Sekali menjadi guru, selamanya menjadi guru. Penampilan dan pembinaan karektor guru itu sendiri amat penting bagi meletakkan nilai guru itu sendiri pada satu tahap yang tinggi di mata masyarakat. Persoalan guru hari ini semakin rumit dengan berbagai karenah client . Apakan daya ,kita mewarisi suatu sistem yang berteraskan barat, oleh yang demikian psikologi diutamakan dalam pembentukan insan.Namun persoalan sering kali meligat di fikiran, sesuaikah? berkesankan? Mengapa teknik barat barat juga yang menjadi pilihan, sedangkan Islam telah menggariskan teknik-teknik pengajaran dan pendidikan untuk umatnya. Hari ini masalah kanak-kanak dan remaja semakin bertambah bahkan telah menjadi gejala sosial sedangkan mereka adalah pewaris negara masa depan.Kita sering menyalahkan pengaruh luar terutama media cetak dan elektronik sedangkan itulah hakikat dan matlamat ‘protokol zion’ iaitu menguasai, menjajah dan menakluk melalui apa saja cara kerana mereka merasakan bahawa mereka adalah bangsa pilihan. Liberal telah menguasi sistem hari ini, oleh itu ulama dan umarak telah terpisah, walhal sepatutnya menjadi satu. Akibatnya, secara sedar atau tidak, sistem dan minda kita telah dijajah kembali. Maka saranan En. Tajudin (Guru Besar) agar guru-guru SK Perpaduan bermuhasabah diri amat tepat pada masanya bagi membuat penilaian kendiri dalam membina bangsa yang mejoritinya beragama Islam……kome paham ke apa aku cakap ni….kalau tak faham pun buat-buatlah faham. Selamat Hari Guru.Guru Pembina Negara Bangsa.

  3. baim says:

    Guru pembina negara bangsa, kehidupan guru itu sendiri mencerminkan pekerjaannya, tutur kata, budi bicara, gaya, personaliti, pemikiran dan cara hidup haruslah menampakkan bahawa kita adalah guru. Inilah yang akan membezakan seseorang itu adalah guru apabila bereda di tengah-tengah kelompok masyarakat. Seandainya guru hanya sekadar pekerjaan sahaja nescaya profesion ini akan terus dipandang sebelah mata oleh masyarakat walaupun ianya adalah profesion bersifat profesional. Selamat hari guru.

  4. najihah says:

    selamat hari guru cikgu

Leave a Reply

Pentadbiran

PEPERIKSAAN


Video Pilihan