Latihan Dalam Perkhidmatan Kali Kedua 2011

Pada 9 hb. April 2011 yang lalu bertempat di Bilik Makmal SKP telah diadakan Latihan Dalam Perkhidmatan Kali Kedua.Program ini bertujuan meningkatkan lagi profesionalisme keguruan di kalangan guru.Penceramah yang terlibat dalam program tersebut ialah Guru Besar ,Encik Kharuddin Bin Omar (Keselamatan Murid di Sekolah),Encik Ibrahim bin Puteh (Pengurusan PBS),dan Puan Noor Hamiza Bt Ahmad (Pengurusan KSSR).
Majlis tersebut bermula pada pukul 8.20 pagi dan terbahagi kepada 3 sesi iaitu ceramah 1,2,dan 3.Penglibatan guru dalam program ini diharapkan akan membantu meningkatkan kredibiliti dalam pengurusan diri maupun pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas.Tahniah diucapkan kepada semua pihak dalam menjayakan majlis tersebut.










