Majlis Jasamu Dikenang

SONY DSC

Pada hari Ahad bertarikh 27 Februari yang lalu telah diadakan Majlis Jasamu Dikenang dibawah naungan Kelab Bakti bagi mengenang jasa guru dan staf sokongan yang telah bertukar.Majlis tersebut telah diadakan di Hotel Hillcity Ipoh bermula pada pukul 3.00 petang dan berakhir pada pukul 5.00 petang.Majlis tersebut juga mengalu-alukan kedatangan pengganti kepada yang telah bertukar.

Majlis tersebut telah dihadiri oleh mantan GB SKP iaitu En.Tajudin Bin Jamil,Pn.Auziyah,guru-guru dan staf yang baru bertukar ke SKP dan yang telah meninggalkan SKP.En.Kharudin bin Omar telah menyampaikan ucapan aluan dan diikuti oleh mantan GB SKP En.Tajudin Bin Jamil yang kini bertugas di SK Manjoi,Ipoh,Perak.

Ahlijawatankuasa PIBG SKP juga telah turut serta memeriahkan majlis tersebut.Suasana meriah bercampur sedih dan yang telah pasti semua itu pasti berlaku dalam melaksanakan tugasan sebagai anggota kerajaan.Namun begitu kepada semua yang terlibat warga SKP ingin mengucapkan selamat datang kepada yang baru bertugas di SKP dan yang telah pergi menyambut khidmat selamat berjaya di tempat yang baru.Apapun yang terjadi tali silatulrahim kita eratkan bersama.Tahniah kepada pengurusan Kelab Bakti dalam menjayakan majlis tersebut.

Leave a Reply

Pentadbiran

PEPERIKSAAN


Video Pilihan