MESYUARAT TOV TARGET UPSR 2011 PERINGKAT KELOMPOK

tovpost

SKP telah terpilih sebagai tuan rumah bagi Mesyuarat Tov Target UPSR 2011 peringkat kelompok yang melibatkan 18 buah sekolah.Mesyuarat tersebut telah dihadiri oleh GB sekolah yang terlibat dan juga pegawai PPD.Encik Mohamad Azaudin Bin Yeop Md.Rose merupakan Pegawai PPDR yang merangkap perasmi bagi mesyuarat tersebut.

Mesyuarat berjalan lancar bermula pada pukul 8.00 pagi yang diantara agendanya membincangkan kaedah bagi mempertingkatkan NKRA pencapaian murid dalam UPSR akan datang.Segala perancangan yang teliti serta yang terbaik merupakan formula kepada peningkatan pencapaian yang mana akan melonjakkan Negeri Perak sebagai salah sebuah negeri yang mampu memberi peratus pencapaian yang terbaik dalam UPSR akan datang.

Pihak PPD dan GB yang terlibat mengucapkan terima kasih terhadap kelancaran dan kerjasama yang baik telah diberikan oleh pihak SKP selaku tuan rumah kepada mesyurat tersebut.Mesyuarat berhenti rehat dengan disajikan kudapan ringan pada pukul 10 dan berakhir kira-kira pukul 1.30 tengahari.Satu lagi pencapaian terbaik SKP.Tahniah kepada semua yang terlibat.

Leave a Reply

Pentadbiran

PEPERIKSAAN


Video Pilihan