Mesyuarat PIBG Sesi 2011/2012
Mesyuarat PIBG bagi sesi 2011/2012 akan diadakan pada 5 Mac 2011,hari Sabtu bertempat di kantin Sekolah Kebangsaan Perpaduan.Mesyuarat bakal dirasmikan oleh tuan GB,En. Kharuddin bin Omar.Kepada semua ibu bapa di harap aka dapat meluangkan masa bersama menjayakan mesyuarat tersebut.
Adalah menjadi kewajipan ibu bapa mengambil pendekatan menghadiri mesyuarat tersebut memandangkan segala agenda yang bakal dibincangkan adalah demi kebaikan anak-anak yang kita sering diharapkan sebagai anak yang cemerlang. Pihak sekolah amat mengalu-alukan kehadiran tuan dan puan pada hari tersebut.
Permaufakatan yang erat oleh pihak guru dan ibu bapa akan melancarkan lagi perjalanan dan hala tuju semua pihak bagi melahirkan insan-insan yang cemerlang bagi pemangkin masa depan agama,bangsa dan negara.Justeru dengan itu kehadiran tuan dan puan sebagai ibu bapa matlah dihargai oleh pihak sekolah.Marilah kita sama-sama menjayakan majlis tersebut…….InsyaAllah…..










