Mesyuarat Agung Tahunan Kelab Bakti 2011

Mesyuarat Agung Tahunan Kelab Guru Dan Staf ataudikenali sebagai Kelab Bakti telah diadakan pada 22 Januari 2011 yang lalu bertempat di Bilik Komputer SKP pada pukul 1200 tengahari.Objektif mesyuarat tersebut ialah melantik AJK yang baru dan perbentangan aktiviti serta perbelanjaan yang telah dijalankan pada tahun lepas.
Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Tuan GB SKP, Encik Kharuddin Bin Omar.Mesyuarat tersebut telah mempersetujui Encik Ibrahim bin Puteh sebagai Pengerusi Kelab Bakti yang baru menggantikan Encik Ramli.Adalah diharapkan dengan kehadiran muka baru dalam AJK Kelab Bakti akan membawa matlamat dan tujuan yang lebih jelas serta efisyen dalam mengharungi matlamat kearah pentadbiran yang lebih cemerlang.
Mesyuarat berjalan lancar dengan kehadiran hampir semua ahli.Mesyuarat diakhiri dengan ucapan pengerusi Kelab Bakti yang inginkan penyatuan padu dari semua pihak dalam menongkah arus kehadapan.Mesyuarat telah ditangguhkan pada pukul 1.45 tengahari.











Semoga kelab Bakti akan lebih berbakti kepada ahli-ahli. Hidup presiden Bakti yang baru. Baim jgn lupa ahli-ahli lama. Jemputlah kami kalau ada apa-apa program yg sesuai untuk mantan-mantan.