Majlis Suaikenal Dan Program Transisi 2011
Pada hari Jumaat yang lalu iaitu bertarikh 31 Disember 2010 bertempat di Kantin SKP telah diadakan Majlis Suaikenal bagi murid tahun satu bagi sesi 2011.Majlis tersebut telah dirasmikan oleh Tuan GB SKP yang baru iaitu En Kharuddin Bin Omar bemula jam 8 pagi. Beliau telah menyampaikan hasrat dan visi beliau dalam pengurusan sekolah yang baru dalam ucaptama beliau pada pagi itu.
Jalinan suaikenal antara guru dan murid serta ibubapa amat penting terhadap objektif melahirkan insan yang cemerlang kerana setiap masalah akan dapat ditangani dengan lebih baik dan berkesan seandainya ada persefahaman yang jitu dari semua pihak.
Berbagai kerenah dan gelagat murid tahun satu dapat di lihat sempena hari persekolahan pertama mereka dimana telah menjadikan hari tersebut cukup meriah.Majlis ini juga dapat menjalinkan silatulrahim yang baik dikalangan ibubapa yang hadir kerana dapat bersuai kenal dengan para guru yang bakal mendidik anak-anak mereka.Ucapan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan majlis tersebut.










